BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 16, 2011

pilihan

Hidup ni susah untuk digambarkan
tak dapat disamakan dengan mana mana analogi
setiap kehidupan seseorang berbeza
ada mengalami suka dan duka,
ade yang hanya berduka
dan mungkin hanya bersuka cinta
cinta?
apa erti cinta?
perasaan sayang mungkin
sayang kepada tuhan, ibu bapa..adakah itu juga cinta?
aku terlalu muda untuk mendefinasikan erti cinta itu..
mungkin aku pernah merasai erti cinta tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta
mengapa perlu cinta itu datang kepada aku ketika aku belum bersedia?
dia cintakan kita, tapi kita tak pernah cintakan dia
terpaksa melukakan hatinya walaupun kita tidak tegar
aku rase bersalah
tapi aku tak mampu untuk menerima cintanya
aku tak mahu menjadi hipokrit dengan menyatakan rase cinta yang palsu padanya
aku tidak mahu menerimanya atas rasa kasihan yang menghantui aku
walaupun sememangya begitu
aku sayang dan kasihankan nya
perkara yang sangat keji untuk dilakukan ke atas seorang insan yang sangat mencintai kita
mungkin tiada jodoh diantara kami
mungkin masa membataskan segalanya
dan biar juga masa menetukan segalanya
mengapa ini harus terjadi pada aku?
pilihan yang sukar
mengapa orang yang kita cinta, tidak begitu cinta pada kita
tapi orang yang mencintai kita, kita tidak mencintainya sepenuh jiwa
aku selalu mendengar orang berkata
pilihlah orang yang mencintai kita
bukan orang yang kita cintai
apabila cinta datang, ia datang dengan pelbagai pilihan
tapi bila ia pergi, meninggalkan aku keseorangan
sepi..tanpa perasaan
mungkin ini balasan
atas kekhilafan dahulu

0 comments: