BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 10, 2011

Trek pengembaraan ini

Sedang aku telah sembuh dari perit ini
Kau datang padaku dengan luka di hati mu
Minta diubati dengan kasih sayang ini
Aku tak pasti..kerana serik dengan peristiwa lama
Namun tetap aku mencuba
Supaya pintu hati terbuka
Setelah berbulan2 saling mengenali dan berkongsi segala kisah suka dan juga duka
Setelah mulai serasi dan kepercayaan itu telah terbina
Kau berikan harapan
Dan aku mula mempertaruhkan perasaan ku
Pintu hati ini dibuka untuk diri mu
Kita mulai selesa
Kau berikan keyakinan pada ku
Dan ku mulai yakin..
Terus menapak selangkah perasaan ini
Mengikut jejak tapak kaki mu..
Kau hulurkan tangan untuk terus mendaki puncak cinta itu
Segala rasa dikongsi bersama..
Sepanjang perjalanan yang jauh ini..
Tiba-tiba kau mulai ragu dengan keputusan ini
Mula persoalkan rase cinta mu pada ku
Meragut seluruh degupan jantung ini
Rasa cinta mu pada ku tidak sehebat rasa itu padanya
Kau mulai goyang
Aku beri masa itu
Agar kau kembali menemui jalan ini
Kau pulang
dengan usaha untuk terus mendaki puncak ini kononya
Aku berikan peluang itu..
Namun dirinya ibarat sihir buat diri mu
Kau tidak mampu bertahan dalam pengembaraan ini
Rasa kasihan hanya membebankan jiwa
Aku tak mengerti
Mengapa aku masih di trek pengembaraan ini
Menunggu dan memberi masa padamu
Untuk menjernihkan perasaan itu
Dan membiarkan diri mu terus menerus mengharapkan dia
Selagi aku mampu untuk bertahan di situ
Akan aku terus menunggu
Walaupun diri ku begitu terluka
Tetap ku biarkan pintu itu terbuka
Agar kau pulang pada ku
Dan meneruskan pengembaraan ini hingga ke puncaknya
Kesetian ini tetap di sini

0 comments: