BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 26, 2011

Cahaya dari Ilahi

Ya Allah berikanlah aku kekuatan

untuk menghadapi semua dugaan ini
tabahkan lah hatiku untuk menjalani kehidupan yang mendatang ini
berikanlah aku petunjuk dan hidayah Mu
agar aku dapat melalui jalan yang berliku ini
temukan lah aku dengan insan yang dapat membimbing ku ke jalan Mu
menuntun hati ini menjauhi maksiat
Sesungguhnya aku begitu berdosa padaMu
lalai dalam menjalani perintah dan suruhanMu
mungkin ini cubaan
untuk menguji kekuatan ku
mungkin ini balasan
atas kekhilafan dahulu


Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh
Kau berikanlah aku kekuatan Mu
aku perlukan ia untuk terus mengharungi perjalanan ini
mencapai cita-cita
pengalaman yang lalu ini
akan ku jadikan iktibar dan pedoman
agar aku terus berada di landasan Mu
mungkin ini cahaya lailatul qadar mu Ya Allah
yang menyuluh ku
tatkala aku meraba-raba
mencari cinta sejati itu
terima kasih Allah..

Thursday, August 18, 2011

Soalnya siapa?

Salam semua..jarang2 benar update blog sekarang..nak kate tak de mase..berlambak je mase yang ade cume ntah lah..kecelaruan fikiran agaknya..



Hidup hidupp..bila makin dewasa makin banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi..
pelajaran, kewangan dan juga cinta.. tapi yang banyak cinta lah kan..


Hurmmm..aku tak tahu lah macam mane nak face dengan cinta ni..cinta tu kurnian Ilahi untuk setiap hambaNya..cinta itu sangat cantik dan begitu membahagiakan..Namun cinta jugak boleh menjadi bisa yang cukup kuat terhadap hati seseorang..


Aku selalu dengar orang kata biar dicintai jangan mencintai..
kenapa tidak kita mencintai?
mengapa kita selalu tidak menghargai orang yang mencintai kita, dan terkejar-kejar orang yang tidak mencintai kita?
adakah ini perasaan tidak bersyukur?


Aku selalu terfikir adakah aku terlalu menyayangi insan yang betul?
tetap menyanyangi dia
walaupun aku tahu dia masih sayangkan kekasih lama..
makan hati..
ya mungkin jawapan terbaik
dan jalan penyelesaian yang terbaik?
perpisahan...mungkinkah??
runsing..


Tatkala kerunsingan ini berkecamuk dalam fikiran..muncul sebutir cahaya dari kejauhan
menyangka ia hanyalah cahaya kalimantan tipikal
namun kali ini berbeza..
cahaya bintang terang di dada malam yang hitam pekat..
menerangi sebuah dunia melankolia aku
cahaya memikat
cuba mendekati diri
aku tak pasti
tidak mahu mengulangi
namun aku tidak menolak mahupun mengiyakan
perasaan itu semakin bercambah
arghh..klise!


neutralisasi diperlukan..
agar aku lebih kuat..
perjalanan ini masih jauh benar..
jangan biarkan cinta itu melemahkan kamu!
namun...aku tetap memerlukan cinta untuk menyuburkan perasaan ini
menyuntik sedikit enzim untuk meningkatkan prestasi perjalanan hidup
cinta itu tak dapat dielak..
tak kan ku mengelak..
cinta itu sesuatu yang suci..
petanda kasih dari Ilahi....



nota kaki : Dear Allah..please give me guidance to through all the difficulties..



Wednesday, August 10, 2011

Trek pengembaraan ini

Sedang aku telah sembuh dari perit ini
Kau datang padaku dengan luka di hati mu
Minta diubati dengan kasih sayang ini
Aku tak pasti..kerana serik dengan peristiwa lama
Namun tetap aku mencuba
Supaya pintu hati terbuka
Setelah berbulan2 saling mengenali dan berkongsi segala kisah suka dan juga duka
Setelah mulai serasi dan kepercayaan itu telah terbina
Kau berikan harapan
Dan aku mula mempertaruhkan perasaan ku
Pintu hati ini dibuka untuk diri mu
Kita mulai selesa
Kau berikan keyakinan pada ku
Dan ku mulai yakin..
Terus menapak selangkah perasaan ini
Mengikut jejak tapak kaki mu..
Kau hulurkan tangan untuk terus mendaki puncak cinta itu
Segala rasa dikongsi bersama..
Sepanjang perjalanan yang jauh ini..
Tiba-tiba kau mulai ragu dengan keputusan ini
Mula persoalkan rase cinta mu pada ku
Meragut seluruh degupan jantung ini
Rasa cinta mu pada ku tidak sehebat rasa itu padanya
Kau mulai goyang
Aku beri masa itu
Agar kau kembali menemui jalan ini
Kau pulang
dengan usaha untuk terus mendaki puncak ini kononya
Aku berikan peluang itu..
Namun dirinya ibarat sihir buat diri mu
Kau tidak mampu bertahan dalam pengembaraan ini
Rasa kasihan hanya membebankan jiwa
Aku tak mengerti
Mengapa aku masih di trek pengembaraan ini
Menunggu dan memberi masa padamu
Untuk menjernihkan perasaan itu
Dan membiarkan diri mu terus menerus mengharapkan dia
Selagi aku mampu untuk bertahan di situ
Akan aku terus menunggu
Walaupun diri ku begitu terluka
Tetap ku biarkan pintu itu terbuka
Agar kau pulang pada ku
Dan meneruskan pengembaraan ini hingga ke puncaknya
Kesetian ini tetap di sini

Friday, July 22, 2011

Perempuan cepat perasan?

Betul ke perempuan atau golongan wanita ni cepat perasan? perasan yang mcm mane pulak ni? ape yg diperasaankan oleh mereka ni?
kenape pulak perempuan sering dilabel sebagai cepat perasan?
adakah anda pernah terperasan?
dan kesan2 terkeperasanan ni?


"Eh2..asal die caring sgt ngn aku ha? die minat aku ke?"
"Sweetnye die..sy suke lah kat awk ni.."


"Ek'eleh pompuan ni..perasan lah tuu.."
"Alamak..die perasan aku suke die ke? HAHAHA"


ape sebenarnye yang diperasankan oleh kaum2 pompuan ni?
perasan yg si polan si polan cintun gitu?
perasan si polan si polan suke?
perasan si polan si polan cube mengorati?

kenape cepat sangat perasan ni?
jawapan yang mungkin diberi
"dah die caring giler kt sy..ambil berat pasal sy..betol la tu die nak kt sy..an?"
"die asyik msg2..call sy..everything die buat die cite kt sy..kt kwn laen x cite pon.."
"die selalu tolong sy..sanggup ketepikan keje die dulu..sy terharu.."
"kami pernah keluar bersama2..pegi mkn..pegi jln2..sy rase memang betol dah perasan sy nih..tak syak lagi nih.."

err??tapi....
pernah ke die2 org tu ckp kt u all yg die org memang :

1) jatuh cinta kat you all 
2) betol2 sayangkan you all
3) ingin you jadi gf atau wife die
4) etc..


ade??.
jika ade tak pe lah..

ape???
tak pernah pulak ckp mcm tu..
yang ni bahaya..

jangan cepat terjun dlm konklusi..
jangan cepat perasan..
ntah2 die anggap you mcm kwan je
tak lebih dari tu..
sy cume selesa berkawan dengan awk..
tapi...
nak bercinta? tak mungkin kut..

tengokk..dah terperasaan..
sakit hati satu
malu pon satu..
hadoiii..

tapi!!
ini tidak adil!
mcm mana jika si dia tu tak suke luah2 ni..
die just show je yg die syg kt kite?
tak suke ayat jiwang2 ni..


ermmm....
alamaknye..makin lame lagi lah you all kene kenal dgn die tu..

but well..perasan tu adalah human nature..
tak salah jika nk perasan
tapiii
jangan lebih2 sudah..
dan why always girl yg selalu dicop perasan..
mungkin sebab perempuan die sensitif sket terhadap org sekeliling die..
hatinye lembut..
loves kindness..charm..caring..
and
actually
sometimes
perasan tu pon best!
once in ur life..
i think we shud try it!..cheers!!


nota kaki : i'll get him whatever happen! come on!

Saturday, June 25, 2011

Saya wanita pilihan anda?

Ciri- ciri wanita kegemaran lelaki :

  1. Bertudung
  2. Bekerjaya
  3. Pandai memasak
Adakah ciri- ciri di atas betul? 


ni adalah satu keratan akhbar Malaysia iaitu akhbar tuttt *maap..terpakse disensorkan* yang aku terbace kat salah satu facebook kawan aku..empunye FB ni amek gmbar keratan akhbar ni dan upload kat photo beliau..



Agak menarik keratan akhbar ni..akhbar ni telah melakukan satu temuramah bebas yang melibatkan beberapa orang respondan lelaki..soalan yang diajukan adalah apekah ciri2 wanita kegemaran mereka..dan diatas adalah jawapan yang paling banyak diberikan oleh respondan2..

Hurmm..yang nak di'hightlight kan disini adalah, apekah yang menyebabkan ramai lelaki diluar sana memilih wanita bertudung sebagai wanita pilihan mereka?
Kebiasaannye wanita yang free hair dan seksi yang selalu menjadi perhatian lelaki..tapi sekarang ni wanita bertudung plak jadi pilihan?
adakah lelaki2 tersebut sedang menunjukkan kealiman memasing atau segan la pulak nak cakap suke perempuan seksi..

Tapi mungkin jugak betul jawapan yang diberikan oleh lelaki2 ini..kite ambil contoh pakwe atau makwe anda atau mak bapak, kawan2 atau tak kire sapa lah beri hadiah kat kite..adalah lebih seronok jika hadiah itu diterima dalam keadaan berbalut dengan kertas hadiah kan? terase lah surprisenye dan curiousity itu mungkin akan lebih tinggi..tak sabar2 rasenye nak balik bukak hadiah kan..hadiah yang berbalut lebih bermakna dan indah kan?dan jika dibandingkan dengan hadiah yang diberikan tanpa berbalut dengan kertas hadiah..mesti tak terase surprisenye kan?? kalau pakwe bagi hadiah macam tu mesti rase alamakkk..x de privasi langsung la pakwe aku ni..bagi hadiah mcm tu..x polite langsung..semua orang dah nampak hadiah tu..haaa..same lah jugak dengan orang pakai tudung dengan tak..dah tak spesel nye kan klu tak balut ngn kertas hadiah..

Lagipun dalam Islam pun ade menetapkan ciri2 seorang isteri yang baek untuk dicari..dan antaranya adalah isteri yang mengikuti suruhan agama kan..itu termasuklah menutup aurat..terpulanglah kepada lelaki2 di luar sana untuk memilih kriteria bini memasing..its all about ur choice :)

Friday, June 24, 2011

Terime kasih Patah =.='

Setelah sekian lame tak meng'update' blog, akhirnye aku terpakse meng'update' beliau..
terime kasih bebanyak pada fatihah cik othman kerana telah 'mempromosikan' blog ni secara jualan langsung di laman web yang sangat sosial iaitu facebook..
Ini semua berlaku gara-gara kegatalan mulut meminta fatihah cik othman a.k.a patah untuk mencari nama sendiri di internet tanpa berpikir panjang dan memikirkan kesan jangka pendek..macam mana pulak lupe aku ade blog..dah lame tak updatekan..
dengan serunaknye aku menyuruh patah menaip name aku dikotak search di google..dan dalam beberapa saat sahaja terpampang beberapa ketul gambar..discroll nye lagi ke bawah dan......
tuuuu diaaaaa..hang la weyh~~! terus di kliknye gambar tu dan maka terpampang la blog usang aku nih..mengelegak mak cik tu gelakan aku..patah tak pernah taw kewujudan blog comel ni =.=
halamakk...siap la budak ni taw..habes aku...dan tanpa aku duga, tetibe terpampang kt home fb link blog comel nih...hadoiiiii...dead meat lah~~!
diselongkarnye bog aku si patah ni..tak semasai2 org duk usha2 blog aku..malu ar cenggini..aku tanak ar dikatekan sebagai mencari publisiti murahan..hahah...
dan tengok sekarang..bertambah lak follower aku..hadoii..segan betol..hakhakhak~~!

Monday, May 23, 2011

Heartless

 In the night, I hear 'em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless...
How could you be so heartless?
Oh... How could you be so heartless?

How could you be so, cold as the winter wind when it breeze, yo
Just remember that you talkin' to me though
You need to watch the way you talkin' to me, yo
I mean after all the things that we've been through
I mean after all the things we got into
Hey yo, I know of some things that you ain't told me
Hey yo, I did some things but that's the old me
And now you wanna get me back and you gon' show me
So you walk around like you don't know me
You got a new friend,I got homies
But in the end it's still so lonely


In the night, I hear 'em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless...
How could you be so heartless?
Oh... How could you be so heartless?


How could you be so Dr. Evil, you bringin' out a side of me that I dont know...
I decided we weren't gon' speak so
Why we up 3 A.M. on the phone
Why does she be so mad at me fo'
Homie I dont know, she's hot and cold
I won't stop, won't mess my groove up
'Cause I already know how this thing go
You run and tell your friends that you're leaving me
They say that they don't see what you see in me
You wait a couple months then you gon' see
You'll never find nobody better than me


In the night, I hear 'em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless...
How could you be so heartless?
Oh... How could you be so heartless?


Talkin', talkin', talkin', talk
Baby let's just knock it off
They don't know what we been through
They don't know 'bout me and you
So I got something new to see
And you just gon' keep hatin' me
And we just gon' be enemies
I know you can't believe
I could just leave it wrong
And you can't make it right
so I'm gon' take off tonight
Into the night....


In the night, I hear 'em talk,
the coldest story ever told
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless...
How could you be so heartless?
Oh... How could you be so heartless?





nota kaki : love hurt sometimes it's a good hurt and i feel like i'm alive