BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 18, 2011

Soalnya siapa?

Salam semua..jarang2 benar update blog sekarang..nak kate tak de mase..berlambak je mase yang ade cume ntah lah..kecelaruan fikiran agaknya..



Hidup hidupp..bila makin dewasa makin banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi..
pelajaran, kewangan dan juga cinta.. tapi yang banyak cinta lah kan..


Hurmmm..aku tak tahu lah macam mane nak face dengan cinta ni..cinta tu kurnian Ilahi untuk setiap hambaNya..cinta itu sangat cantik dan begitu membahagiakan..Namun cinta jugak boleh menjadi bisa yang cukup kuat terhadap hati seseorang..


Aku selalu dengar orang kata biar dicintai jangan mencintai..
kenapa tidak kita mencintai?
mengapa kita selalu tidak menghargai orang yang mencintai kita, dan terkejar-kejar orang yang tidak mencintai kita?
adakah ini perasaan tidak bersyukur?


Aku selalu terfikir adakah aku terlalu menyayangi insan yang betul?
tetap menyanyangi dia
walaupun aku tahu dia masih sayangkan kekasih lama..
makan hati..
ya mungkin jawapan terbaik
dan jalan penyelesaian yang terbaik?
perpisahan...mungkinkah??
runsing..


Tatkala kerunsingan ini berkecamuk dalam fikiran..muncul sebutir cahaya dari kejauhan
menyangka ia hanyalah cahaya kalimantan tipikal
namun kali ini berbeza..
cahaya bintang terang di dada malam yang hitam pekat..
menerangi sebuah dunia melankolia aku
cahaya memikat
cuba mendekati diri
aku tak pasti
tidak mahu mengulangi
namun aku tidak menolak mahupun mengiyakan
perasaan itu semakin bercambah
arghh..klise!


neutralisasi diperlukan..
agar aku lebih kuat..
perjalanan ini masih jauh benar..
jangan biarkan cinta itu melemahkan kamu!
namun...aku tetap memerlukan cinta untuk menyuburkan perasaan ini
menyuntik sedikit enzim untuk meningkatkan prestasi perjalanan hidup
cinta itu tak dapat dielak..
tak kan ku mengelak..
cinta itu sesuatu yang suci..
petanda kasih dari Ilahi....



nota kaki : Dear Allah..please give me guidance to through all the difficulties..



0 comments: