C novim godom 2011!!..dada lamgit Moscow dilimpahi dengan cahaya warna warni kegembiraan malam ini..tertutup sudah tirai pentasan drama dunia bagi tahun 2010..bermacam macam sketsa kehidupan yang dilaui pada tahun ini..samada sketsa yang bermula dengan kesedihan dan diakhiri dengan kegembiraa mahupun yang bermula dari kegembiraan dan diakhiri dengan kesuraman...bagi aku tahun 2010 banyak memberi aku pengajaran yang menjadikan aku seorang insan yang lebih matang dan kuat..pelbagai peristiwa manis dan pahit aku lalui sepanjang tahun ini.. pada tahun 2010 ini lah, untuk kali pertamanya aku menginjakkan kaki ke bumi yang cukup asing bagi diri aku..Moscow..ya! itulah Moscow..tempat dimana aku sedang bernafas ini...bumi dimana aku sedang mengejar sebuah cita-cita..tahun 2010 banyak mengajar aku erti kesabaran, persahabatan , kekeluargaan an juga erti sebuah cinta..bersabar dalam melalui liku2 hidup. .sahabat di kala susah dan senang..konflik keluarga yang meruntun jiwa..cinta yang datang dan pergi..semua itu mewarnai kehidupan aku pada tahun 2010 ini..yang bisa mengukirkan senyuman dan juga yang membawa tangisan..aku bersyukur kerana Dia masih lagi memberi aku ruang dan kesempatan untuk aku menikmati segala nikmat yang ada di muka bumi ini...diberi kesempatan untuk merantau ke bumi Moscow ini..dan aku yakin tidak semua insan dapat merasai kesempatan yang sungguh berharga ini..yang akan menjadi satu lipatan sejarah dan kenangan yang bermakna dalam diari hidup aku pada satu hari nanti..dan pada tahun 2011 ini, satu lembaran baru akan bermula.. dengan nafas dan semangat baru ini, aku harap dapat melalui tahun 2011 ini dengan jayanye..dipenuhi dengan warna warni kehidupan seindah limpahan cahaya bunga api di dada langit Moscow tatkala ini..semoga Dia memberi aku kekuatan untuk menlalui liku2 kehidupan ini!..selamat tinggal 2010!..
Kremlin, Moscow
the beauty of kremlin on new year's eve
nota kaki: bermula misi mencari jodoh!
0 comments:
Post a Comment