"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dala pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "aah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan janganlah engkau ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik"
surah Al-Isra' ayat 23
Petang 30 Ogos 2008, aku menerima panggilan telefon dari adik ketiga ku
" angah..mak..mak dah tak da..angah balik cepat ye?" suara adik lelaki ku terketar ketar menahan sebak. Bagai dipanah kejutan kilat hati aku berdebar kencang. " Inalilallah hiwainaillah hirajiun..baik.abang balik sekarang.." seluruh tubuh badanku mengeletar kesejukan..tanpa sedari titis air kehibaan mengalir laju dipipi..segera aku lapkan. tidak mahu anak kecilku menyedari linangan jernih itu.." abah abah..siapa yang meninggal bah? kenapa abah nangis?" anak kecil itu menyentap tangan ku sambil menembak ku dengan persoalan yang bermain di fikirannya. " tok nah dah tak da nak..dah meninggal dunia. kita balik kampung ye. ira pergi bagitahu ma suruh bersiap ye.."
"Mak..tak pe lah usop tak pergi UPM tu mak..usop dah dapat kerja..biar usop kerja je..nanti tak da lah berat sangat mak nak tanggung hawa, ani dan yang lain lain.." aku cube menyuarakan pendapat..
" elok sangat lah tu usop..mak tak larat dah nak tanggung semua ni..harap kat bapak kau, tak makan lah kita..berapa sen sangat harta bapak kau tinggal..nak sara aku sorang pun tak cukup.." aku diam. sememangnya mak selalu menbangkitkan isu itu. ayah memang lah tidak kaya namun orangnya cukup budiman. baik orangnya..ayah lah tempat aku mendengar cerita zaman perangnya, berceloteh tentang kehidupan kecilnya..semuanya tentang kenangan yang indah..aku rindukan semua itu namun ayah sudah meninggalkan ku buat selamanya. aku tidak mengerti mengapa mak begitu tidak menyukai ayah..mungkin kerana harta..gaji kecil ayah diguna untuk menyara kami 10 orang..terpaksa tinggal di quaters kecil satu bilik yang didiami 10 orang anak..hanya makan nasi berlaukan mentega..namun, aku tidak pernah mengeluh kerana aku yakin aku ada seorang bapa yang cekal menyara keluarga
Kematian ayah menyulitkan lagi keadaan kehidupan kami sekeluarga. Mak bercadang untuk berpindah ke Kuantan dan meninggalkan kampung halaman Johor Baru. Berpindah di tempat baru dan emak berperah keringat untuk menyara kami adik beradik..emak bersengkang mata membuat kuih untuk dijadikan jualan pada waktu pagi..dan tatkala pagi disaat kanak kanak sebaya aku masih klena diulit mimpi, aku lah bertindak sebagai asisten mak untuk menghantar jualan ke warung warung..berbasika sejauh 2 km setiap pagi, melalui jerat cina sebelum sampai ke warung..dan berpatah kembali ke rumah untuk bersiap ke sekolah..semua itu menjadikan aku lebih cekal dan matang dalam kehidupan.. hampir setahun arwah ayah pergi meninggalkan kami, dan kini mak telah menemui pengganti ayah..seorang duda beranak empat ingin mengambil mak dan memelihara adik adikku..tatkala itu, aku sudah bersekolah menengah dan tinggal bersama diasrama..hati kecilku tidak mahukan penggati ayah, namun aku terpaksa memikirkan keadaan diri mak yang sulit untuk menyara kami..
" Mak, sejadah kat mana? usop nak solat ni.." soalku pada mak sambil membelek-belek lapisan kain di dalam almari.." mak tak ingat lah usop kat mana..cuba kau lihat dalam almari lama tu"..aku buka almari dihujung sudut bilik..nampak seperti sudah lama tidak dibuka..syukur..ade sehelai sejadah biru..berdebu..ya Allah..sudah berapa lama tak digunakan ni? " mak nak solat sekali? saya imamkan.." tanya ku penuh harapan.." kau solat lah dulu usop..nantilah mak solat.." mengalir perasaan hiba dihatiku..dalam doaku, ku titiskan air mata mengharap agar segala dosa mak diampunkan dan dibuka pintu hati untuk sujud ke pada Mu..ternyata perkahwinan mak dengan pak mat mengelapkan hati mak untuk melihat jalan yang satu. pak mat seorang yang kaki mabuk dan panas baran mengawal hidup mak ternyata tidak dapat mebimbing mak menjadi muslimah sejati..begitu juga dengan adik adik yang tinggal bersama pak mat..tiada keimanan yang kuat..tikar solat tidak pernah dijamah..puasa dan zakat sudah dilupa..aku berusaha menarik mak dan adik adik yang lain kembali ke jalanNya namun hati mereka belum terbuka..
"Allahuakhbar.." air mati ku berlari laju dipipi..perasaan sebak menyelubungi.solat terakhiku buat emak. aku tetap menyanyangi mak walaupun mak tidak seperti ibu lain yang mengamalkan ajaran Islam..aku sangat menyanyangi emak.. seburuk-buruk ibu itu, mereka tetap ibu kita yang melahirkan, membesarkan sehingga dewasa kini..namun, aku begitu sedih dan kecewa kerana aku tidak berjaya menyedarkan mak ke jalanNya.. membimbing mak ke jalan asal usulnya. hnya yang ku mampu adalah mendoakan agar segala dosa mak diampunkan Allah dan rohnya dicucuri rahmat dariNya..
" Abah..abah jangan sedih ye..kita doa sama-sama agar tok nah diampunkan Allah ye..ira sayang abah.." aku mengusap lembut tangan abah..angin malam menyapa lembut pipiku yang berlinang air mata hiba..ranjau hidup abah penuh dengan berliku..
Ohh My Gas! Eskrim
11 years ago
0 comments:
Post a Comment